elegance shoppe ELEGANCE SHOPPE: CLOTH DIAPERS AKA LAMPIN MODEN elegance shoppe

Saturday, April 21, 2012

CLOTH DIAPERS AKA LAMPIN MODEN

CLOTH DIAPERS (CD)/LAMPIN MODEN

Saya ada menjual jenama lampin kain moden (One Size) yang sangat ekonomi dan berkualiti iaitu
QQ Baby Cloth Diapers....

Apa itu Lampin kain Moden (CD)?
  1. Lampin kain rekabentuk moden.
  2. Bahagian luar CD di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
  3. Bahagian dalam/atas CD yang di panggil "inner" diperbuat dari kain microsuede/bamboo charcoal yang lembut dan cepat kering dimana bayi akan terasa selesa seakan lampin pakai buang.
  4. Lapisan dalam CD ini di jahit dengan poket khas untuk memasukkan pelapik khas (insert) yang tinggi daya serapan.
  5. Ianya mudah di bersihkan. Boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
  6. Sesuai digunakan dari umur bayi baru lahir sehingga 15kg/17kg/20kg kerana saiznya "One Size" iaitu boleh laras menjadi saiz S,M dan L
Info Insert:-

Insert Bamboo
Kelebihan:
-Penyerapan yang lagi tinggi dari microfiber
-Antibakteria..tiada bau hancing
Kekurangan:
-Tidak tahan lama kerana sifatnya yang organik dari pulp buluh

-Lebih Mahal
Insert Microfiber

Kelebihan:
-Penyerapan yang tinggi dari tuala biasa (3 Kali lebih serapan)
-Lebih Murah
-Tahan lebih lama kerana sifatnya yang tahan lasak
Kekurangan:
-Bau hancing
-Perlu pakai lebih dari sehelai insert jika nak serap lebih banyak.
Info Inner:-

Inner Microfleece

Kain yang sangat lembut dan membuatkan bayi rasa selesa dan lebih kering

Warna fabrik: putih

Kelebihan: sangat lembut dan mudah dicuci
Kekurangan: Perlu 3 kali basuhan untuk pertama kali guna dan mudah jadi "seperti mencurah air di daun keladi" so kena wat stripping wash.

Inner Bamboo Charcoal

Kain yang sangat lembut dan membuatkan bayi rasa selesa dan lebih kering dari microfleece

Warna fabrik:kelabu

Untuk kulit yang SANGAT sensitif

Kelebihan:Antibakteria dan sifat infra red
Kekurangan: Tak tahan lasak


Inner Microsuede

Kain yang lembut dan membuatkan bayi rasa selesa dan lebih kering dari microfleece

Warna fabrik: putih

Untuk kulit yang normal atau alah pada fabrik microfleece

Kelebihan: Fabrik cepat kering jadi bayi rasa lebih selesa
Kekurangan: Kurang lembut dari microfleece


Kenapa patut guna CD? Menjimatkan - Beli sekali, guna berkali-kali untuk jangka hayat yang lama
Mesra Alam - Mengurangkan sisa buangan terbanyak di dunia
Selamat dan sihat - Tiada bahan kimia bertoksik, tiada ruam lampin , sesuai untuk kulit sensitif
Gaya Baru - Pelbagai warna dan corak menarik


"Bayi yang menggunakan CD terbukti lebih cepat utk belajar menggunakan tandas (potty training) kerana mereka rasa basah apabila mereka basah… :) Ianya hanyalah kata kata manis dari pihak manufacturer diapers apabila mereka mengatakan “bayi yang kering, tidur lebih lama” kerana, bahan kimia yang diletakkan utk membiarkan bayi rasa kering adalah tidak natural kan sepatutnya rasa basah apabila basah?"

Sumber dari: http://www.diyaluna.com/diary/2008/11/27/lunatots-cloth-diaper-2/

No comments:

Post a Comment