Cara basuh CD
- CD yang baru dibeli perlu dibasuh 3 kali tanpa sabun sebelum menggunakannya ianya adalah untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum..iaitu basuh..jemur..kering 3 kali.(inner suede seperti QQ Baby cuma basuh sekali sahaja).Insert ni kalau basuh banyak kali lagi kuatlah serapannya..
- CD yang terkena poo pancutkan air ke CD itu untuk membuang 'poo'nya ke dalam toilet bowl dan untuk CD yang terkena pee cuma bilas dengan air saja.
- Gunakan sedikit sahaja sabun serbuk yang tidak mengandungi bahan peluntur dan pelembut. (cadangan sabun serbuk pureen HAD/ Autumnz Baby Safe Laundry Detergent. Kalau nak jimat guna sabun serbuk daia atau sabun serbuk fab antibakteria).
- Jika basuh guna mesin boleh kumpul CD sehingga 3 hari untuk lebih praktikal (jimat masa/letrik).
Tips penjagaan CD
Tukar CD setiap kali baby poo dan setiap 3-4 jam jika pee (Bergantung juga kepada kekerapan anak anda pee).Sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs *untuk penggunaan malam guna 2 inserts, boleh digunakan sampai pagi.Jadi tidak perlu bangun malam semata-mata hendak menukar CD.
- Jika anda menghantar anak ke nursery/rumah pengasuh, minta pengasuh masukkan CD ke dalam plastik atau beg khas (tidak perlu basuh).Bekalkan 4 CDs sudah mencukupi untuk kegunaan anak anda semasa di nursery atau rumah pengasuh.
- Sekiranya bayi anda poo warna kuning najis , dicadangkan sapu cecair pencuci pinggan " jenama sunlight" pada kotoran dan ianya mudah ditanggalkan atau jemur sahaja di bawah sinar matahari.
- Elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangian pada CD anda yang boleh menyebabkan ianya kurang menyerap.
- Jangan gunakan berus untuk membasuh CD, cuma sental lembut guna tangan sahaja.
Cara Guna CD (Rujuk Gambar di bawah)
Cadangan Jadual Penggunaan CD:
7.00 – 10.00 PAGI : 1 CD + 1 INSERT
10.00 – 1.00 TGH HARI : 1 CD +1 INSERT
1.00 – 4.00 PETANG : 1 CD + 1 INSERT
4.00 – 7.00 PETANG : 1 CD + 1 INSERT
7.00 – 12.00 MLM : 1 CD + 2 INSERT
12.00 – 7.00 PAGI : 1 CD + 2 INSERT
Jadi secara keseluruhannya jumlah penggunaan CD adalah secara puratanya 6 CD sehari selama 3 @ 4 Jam . namun ia juga bergantung berdasarkan perbezaan usia anak kita.
*Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali
No comments:
Post a Comment