elegance shoppe ELEGANCE SHOPPE: April 2012 elegance shoppe

Monday, April 23, 2012

PENGALAMAN MENGGUNAKAN CLOTH DIAPERS

PENGALAMAN MENGGUNAKAN CLOTH DIAPERS

Salam semua...sejak menjadi ibu baru kepada anakku imanina....banyak benda baru yang ak pelajari dan ambik tahu dan pengalaman baru...salah satunya ialah pengalaman menggunakan cloth diapers....skang ni baby iman nak masuk 2 bulan n aku start pakaikan dia CD masa tujuh ari....nape start pakai 7 ari bukan masa lahir....masa baby iman lahir ak was2 nak pakai...muat ke tak....masa lahir ak pakai lmpin pakai buang satu jenama biasa nih...pastu punggung baby iman ad ruam n melecet...pastu aku tukar jenama lain lagi mahal la sket...jenama P.....ruam nya ilang sket tp ada kemerah-merahan n kulit mengelupas...ap lagi ak pun nak la try CD yang ak dh beli masa aku pregnant...masa ni la nak try kan....2 ari aku pakai....ruam dia hilang n tinggal kemeraha-merahan sket coz ak campur2...last2 aku 24 jam pakai kan baby iman CD...dalam masa tak seminggu terus ilang ruam....amazing...memang betul la...pakai CD baby tak kene ruam...so skang ak pakai kan dia CD....bagi baby kene tukar CD dalam 3 ke 4 jam.....kalo tak tembus kene suar...kadang2 tak sampai 3 jam abis suar baby iman basah kene tukar CD n suar baru...sebab baby iman kuat nyusu badan so kerap la kencing....nasib baik ak ad stok dlm 12 CD so sehari pakai 6 CD....ari2 ak basuh CD....bahagian luar CD yang PUL tu cepat kering...jemur semalaman sok dah leh pakai....so tak susah ler...cuma kene rajin basuh....skang memang ler rajin..takut kang bila keje nnt...tp ak tak risau kalo tak cukup ak ad stok byk....lg pun murah n brbaloi...my hubby tak yah kuar beli lampin pakai buang....tp ak stil pakai lampin pakai buang untuk waktu malam coz ak tak larat nak bangun tukar kan lampin....baby iman skang malam nak nyusu dia ngek je n ak terus bg susu badan...skang dia tak kerap minum susu waktu malam coz sebelum tido dia dah minum sepuas2nye....nnt aku cite pengalaman bg susu ibu sepenuhnya....sambung balik pasal CD...so ak tak nyesal beli CD even CD yg ak pakai tak la gah sangat...ak pakai jenama QQ baby...CD material sama cuma jenama je lain.....tak rugi...sgt menjimatkan...kalo ikut skang duit yg aku abis tuk lampin baby iman ialah tak sampai rm 300 termasuk pakai buang...CD nih boleh pakai sampai bila2....anak ak akan dtg pun boleh pakai....kt pun bo selamatkan bumi dari pencemaran...duit yg sepatutnya kt beli lampin pakai buang leh guna tuk bli lain like tuk anak g blaja...g melancong ke....


Baby imanina pakai CD QQ baby corak moo minky
masa ni dia nak masuk 40 ari tp badan dia kus semangat cam 3 bln...penangan susu ibu...



Saturday, April 21, 2012

TIPS BASUH, JAGA DAN GUNA CD

Cara basuh, tips penjagaan dan penggunaan Cloth diapers

Cara basuh CD
  1. CD yang baru dibeli perlu dibasuh 3 kali tanpa sabun sebelum menggunakannya ianya adalah untuk mendapatkan kadar serapan yang maksimum..iaitu basuh..jemur..kering 3 kali.(inner suede seperti QQ Baby cuma basuh sekali sahaja).Insert ni kalau basuh banyak kali lagi kuatlah serapannya..
  2. CD yang terkena poo pancutkan air ke CD itu untuk membuang 'poo'nya ke dalam toilet bowl dan untuk CD yang terkena pee cuma bilas dengan air saja.
  3. Gunakan sedikit sahaja sabun serbuk yang tidak mengandungi bahan peluntur dan pelembut. (cadangan sabun serbuk pureen HAD/ Autumnz Baby Safe Laundry Detergent. Kalau nak jimat guna sabun serbuk daia atau sabun serbuk fab antibakteria).
  4. Jika basuh guna mesin boleh kumpul CD sehingga 3 hari untuk lebih praktikal (jimat masa/letrik).


Tips penjagaan CD


Tukar CD setiap kali baby poo dan setiap 3-4 jam jika pee (Bergantung juga kepada kekerapan anak anda pee).Sehari ada 24 jam, 1 CD untuk 4 jam = 6 CDs *untuk penggunaan malam guna 2 inserts, boleh digunakan sampai pagi.Jadi tidak perlu bangun malam semata-mata hendak menukar CD.

  1. Jika anda menghantar anak ke nursery/rumah pengasuh, minta pengasuh masukkan CD ke dalam plastik atau beg khas (tidak perlu basuh).Bekalkan 4 CDs sudah mencukupi untuk kegunaan anak anda semasa di nursery atau rumah pengasuh.
  2. Sekiranya bayi anda poo warna kuning najis , dicadangkan sapu cecair pencuci pinggan " jenama sunlight" pada kotoran dan ianya mudah ditanggalkan atau jemur sahaja di bawah sinar matahari.
  3. Elakkan penggunaan softener kerana ianya akan meninggalkan ‘lapisan’ wangian pada CD anda yang boleh menyebabkan ianya kurang menyerap.
  4. Jangan gunakan berus untuk membasuh CD, cuma sental lembut guna tangan sahaja.


Cara Guna CD (Rujuk Gambar di bawah)



Cadangan Jadual Penggunaan CD:

7.00 – 10.00 PAGI : 1 CD + 1 INSERT
10.00 – 1.00 TGH HARI : 1 CD +1 INSERT
1.00 – 4.00 PETANG : 1 CD + 1 INSERT
4.00 – 7.00 PETANG : 1 CD + 1 INSERT
7.00 – 12.00 MLM : 1 CD + 2 INSERT
12.00 – 7.00 PAGI : 1 CD + 2 INSERT


Jadi secara keseluruhannya jumlah penggunaan CD adalah secara puratanya 6 CD sehari selama 3 @ 4 Jam . namun ia juga bergantung berdasarkan perbezaan usia anak kita.
*Untuk bayi berusia bawah 2 bulan, tukarkan CD 2-3 jam sekali

CLOTH DIAPERS AKA LAMPIN MODEN

CLOTH DIAPERS (CD)/LAMPIN MODEN

Saya ada menjual jenama lampin kain moden (One Size) yang sangat ekonomi dan berkualiti iaitu
QQ Baby Cloth Diapers....

Apa itu Lampin kain Moden (CD)?
  1. Lampin kain rekabentuk moden.
  2. Bahagian luar CD di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate (PUL) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
  3. Bahagian dalam/atas CD yang di panggil "inner" diperbuat dari kain microsuede/bamboo charcoal yang lembut dan cepat kering dimana bayi akan terasa selesa seakan lampin pakai buang.
  4. Lapisan dalam CD ini di jahit dengan poket khas untuk memasukkan pelapik khas (insert) yang tinggi daya serapan.
  5. Ianya mudah di bersihkan. Boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
  6. Sesuai digunakan dari umur bayi baru lahir sehingga 15kg/17kg/20kg kerana saiznya "One Size" iaitu boleh laras menjadi saiz S,M dan L
Info Insert:-

Insert Bamboo
Kelebihan:
-Penyerapan yang lagi tinggi dari microfiber
-Antibakteria..tiada bau hancing
Kekurangan:
-Tidak tahan lama kerana sifatnya yang organik dari pulp buluh

-Lebih Mahal
Insert Microfiber

Kelebihan:
-Penyerapan yang tinggi dari tuala biasa (3 Kali lebih serapan)
-Lebih Murah
-Tahan lebih lama kerana sifatnya yang tahan lasak
Kekurangan:
-Bau hancing
-Perlu pakai lebih dari sehelai insert jika nak serap lebih banyak.
Info Inner:-

Inner Microfleece

Kain yang sangat lembut dan membuatkan bayi rasa selesa dan lebih kering

Warna fabrik: putih

Kelebihan: sangat lembut dan mudah dicuci
Kekurangan: Perlu 3 kali basuhan untuk pertama kali guna dan mudah jadi "seperti mencurah air di daun keladi" so kena wat stripping wash.

Inner Bamboo Charcoal

Kain yang sangat lembut dan membuatkan bayi rasa selesa dan lebih kering dari microfleece

Warna fabrik:kelabu

Untuk kulit yang SANGAT sensitif

Kelebihan:Antibakteria dan sifat infra red
Kekurangan: Tak tahan lasak


Inner Microsuede

Kain yang lembut dan membuatkan bayi rasa selesa dan lebih kering dari microfleece

Warna fabrik: putih

Untuk kulit yang normal atau alah pada fabrik microfleece

Kelebihan: Fabrik cepat kering jadi bayi rasa lebih selesa
Kekurangan: Kurang lembut dari microfleece


Kenapa patut guna CD? Menjimatkan - Beli sekali, guna berkali-kali untuk jangka hayat yang lama
Mesra Alam - Mengurangkan sisa buangan terbanyak di dunia
Selamat dan sihat - Tiada bahan kimia bertoksik, tiada ruam lampin , sesuai untuk kulit sensitif
Gaya Baru - Pelbagai warna dan corak menarik


"Bayi yang menggunakan CD terbukti lebih cepat utk belajar menggunakan tandas (potty training) kerana mereka rasa basah apabila mereka basah… :) Ianya hanyalah kata kata manis dari pihak manufacturer diapers apabila mereka mengatakan “bayi yang kering, tidur lebih lama” kerana, bahan kimia yang diletakkan utk membiarkan bayi rasa kering adalah tidak natural kan sepatutnya rasa basah apabila basah?"

Sumber dari: http://www.diyaluna.com/diary/2008/11/27/lunatots-cloth-diaper-2/